Wednesday, January 15, 2014

Blindness due to hypertension!! Awas Mata boleh buta akibat Darah Tinggi!!

Retinopati ( kerosakkan Retina/ Filem mata)  di sebabkan penyakit Darah Tinggi ..boleh membawa kebutaan. Fenomena ini tidak mengenal usia , ianya boleh berlaku pada usi muda.
( Young Hypertension) . Patologi kepada mata di sebabkan oleh penyakit ini adalah:

1- Penyempitan pembuluh darah

2- Kebocoran - akan menakibatkan pendarahan dalam lapisan Retina dan seterusnya Retina mata akan bengkak dan kebiassan kawasan tengah makular retina akan menjadi fenomena STAR! disebabkan terkumpulnya toxic darah dan protein yang tidak normal di kawasan tersebut. ( Henle Layer of Retina)

3- Penebalan Pembuluh Darah & Fenomena tersumbat- ( Artheriosclerosis ) - ianya boleh mengakibatkan stroke pada saraf OPTIK dan Makular.


Adalah di nasihatkan kepada semua pesakit Darah Tinggi membuat ujian pemeriksaan Mata oleh Pakar Mata sebelum kejadian fenomena Mata disebabkan Darah Tinggi yang Kronik berlaku. Ianya boleh membawa kepada kebutaan yang serius!

Photo : Makular Star + Pendarahan Retina + Saraf Optik yang bengkak disebabkan penyakit Darah Tinggi.