Saturday, December 13, 2014

PENYAKIT RETINA & PENDARAHAN MATA ( VITREOUS + RETINA / FILEM MATA)

Alhamdulillah berkat kesabaran dan komitmen Doktor- Doktor  Pakar Mata dan Nursing Staff  yang bertugas di Pusat Pakar Mata Bangi  ( formerly known Klinik Mesra Bangi ).

Kami telahpun berjaya menawarkan khidmat pembedahan di belakang mata ( Posterior Vitreo - Retinal Disease ) . Pesakit Mata yang mengalami pendarahan mata ,filem mata yang tertanggal dan Lens jatuh ke belakag mata atau IOL ( intraocular lens dropped) tidak perlu bimbang tentang jangka masa senarai pembedahan di Hospital kerajaan yang agak  begitu terhad pada masa kini dan juga senarai giliran menunggu yang agak lama.

Kami juga menawarkan teknik pembedahan Vitreo- Retinal secara bius setempat ( secara sedar ) dan tidak perlu jahitan. Bukaan luka yang amat kecil menggunakan Trocar/Punca sinaran ke dalam mata serta pemotong dan penyedut  gel vitreous yang berkuasa tinggi juga bersaiz 23Gauge yang  tidak memerlukan jahitan menghasilkan  kesan yang baik dan juga  pesakit merasai  lebih selesa dan InsyaAllah proses penyembuhan selepas pembedahan yang agak singkat.




Photos akibat pendarahan dan filem mata yang tertanggal (Retnal Detachment )  di belakang mata yang boleh mengakibatkan kebutaan sepanjang hayat jika tidak dirawat dengan sempurna.
Awas penyakit dalaman seperti Kencing Manis , Darah Tinggi dan Kolesterol yang tinggi dan juga kepada mereka yang mepunyai power mata yang tinggi (melebihi -5.00 ke atas ) adalah berisiko tinggi bagi gejala pendarahan mata dan filem mata yang tertanggal atau kebocoran!!







Imej penglihatan yang tidak stabil (sepeti gambar di bawah ) serta mendapati banyak bendak terapung (Floaters ) dan bergerak serta kilat di dalam mata adalah tanda awal bagi gejala penyakit Vitreo-Retina tersebut.




Pihak kami di Pusat Pakar Mata Bangi amat  komited bagi pesakit yang menghadapi penyakit vireo-Retinal ini dan rawatan serta pembedahan pada kadar yang selesa di tawarkan berbanding dengan Hospital swasta yang mempunyai kemudahan Vitreo-Retinal ini dan pihak kami juga komited bagi meringankan beban yang ditanggung oleh kerajaan di dalam menangani gejala  dan rawatan pembedahan ke atas  penyakit tersebut.